Tuesday, March 19, 2013

SEMINAR KEIBUBAPAAN - SAYANGI ANAK UNTUK PELABURAN MASA DEPAN

Pada 16 Mac 2013 bersamaan hari Sabtu telah diadakan Seminar Keibubapaan - Sayangi Anak-Pelaburan Masa Depan anjuran Persatuan Taska Negeri sembilan (PTN9) dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Sembilan (JKMN9) di Dewan Theatrette WISMA NEGERI Seremban. 

Para ibu PAPN Rembau (Rantau) seramai 6 orang telah hadir ke seminar sebagai tanda sokongan kepada PTN9. Antara ibu-ibu yang hadir ialah Ibu Asyfa (Pn Azaliza), Mama Najmi (Pn Khairiah), Ibu Umairah (Pn Siti Aziyah), Mama Fieya ( Pn Siti Azliela), Mama Damia (Pn Etey) dan Ibu Alya ( Pn Natrah). Walaupun program yang diadakan singkat, diharap segala maklumat dan ilmu didikan awal kanak-kanak yang diperolehi dapat memanfaatkan para ibu yang hadir (Harapan besar juga jika ada wakil bapa Papn Rembau =P) . 

Seminar dirasmikan oleh Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Sembilan diikuti Slot 1 yang dikelola oleh Puan Hajjah Mahanom Basri-Peranan Ibu Bapa. Kemudian rehat sambil melihat pameran yang diadakan di luar dewan. Selepas itu, Slot kedua dikelola oleh Puan Hajjah Rozita Hj Kamil-Peranan Taska. Sesi soal jawab terbuka kepada ibu bapa selepas itu. Seminar tamat jam 1.00 tengah hari dan para ibu PAPN Rembau (Rantau) pulang ke rumah masing-masing =).



Wisma Negeri

Antara yang hadir.

Perasmian oleh Pengarah JKMN9

Antara aktiviti yang dilakukan.

Penceramah-Pn Mahanom & audiens.

No comments:

Post a Comment